Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Monday, 3 August 2020

COVID 19 - KEDAH

Alhamdulillah, gembira hati dapat kembali ke negeri kelahiran.  Tapi kes di kedah pulak semakin meningkat, lega sket sebab kawasan terbabit jauh dari kampung aku tp risaunya hati nak hantar anak sekolah pun pikir banyak kali, nasiblah baru tadika, tengok keadaan memang tak hantar masuk sekolah balik buat masa sekarang, better belajar je di rumah.  
 
        Keadaan makin teruk bila KESEDARAN tu tak ada dalam diri masing-masing.  Dari sorang            terus merebak ke komuniti lain, dah kena KUARANTIN tapi masih lagi belegar-legar keluar ke sana kemari.  Sebab tu la PENULARAN kes semakin cepat merebak.  Moga-moga keadaan di kedah cepat la pulih, kesian FRONTLINER kembali berperang.  





menara kebanggaan KEDAH


selit-selit sket musim merdeka walaupun covid masih lagi orang order baju bertemakan hari kemerdekaan , alhamdulillah




 
siap stok untuk bulan merdeka :-)

berminat nak order boleh ke shopee link yer 

https://shopee.com.my/tooare?smtt=0.0.9

Wednesday, 2 August 2017

Aku dan dunia jahitan

Assalamualaikum w.b.t.

Malam ni terasa nak share bagaimanakah aku boleh jadikan tailor as a full time career aku hhihi..(mane la tahu ada yang berniat untuk menjadi tukang jahit kan )Actually nak kata full time tu tak juga sebab dekat rumah ni byk lagi kerja yg dibuat jadi dalam sehari blh dikatakan 4 ke 5 jam je menjahit dan kalau pakaian kanak-kanak memang dapat lebih dari 2 pasang dan dewasa dalam 2 pasang if baju berfesyen sepasang je dapat sehari.  Ada anak kecil memang mencabar juga nak-nak haritu musim raya memang struggle sangat ye la sorang je menjahit memang mata pun dah macam panda dah tido dalam 2 3 jam saja.

Kisahnya camni, la baru nak start ke yg tadi tu apa hehe,, tu adalah mukhadimah ye u all kekeke..aku ni bukan tak pernah kerja sebab dalam istilah hidup aku memang takde perkataan goyang kaki dapat duit yer, kerja byk dah buat dek sbb dah ada baby masa tahun 2014 waktu tu di kemuncak kerjaya gaji pun dah mencecah 3k++ dgn bonus serta elaun memang bebaloi tapi kerja memang la 300% komitment sampai weekend pun boss still cari memang hidup tak tenang plus babysitter pulak seringkali cuti je kadang-kadang terpaksa kendong anak ke office, memang boss aku suka budak dia tak kisah pun nak bawak anak tapi ye la kan mana nak jadi kerja dengan nak melayan anak meragam lagi, jadinya aku pun bertekad resign je jaga anak.(woww memang berani mati)

Seriously, dalam sebulan aku macam tak boleh nak adapt dengan status aku full time housewife jaga anak pastu hari-hari rutin yang sama ja aku buat terkurung dalam rumah (nasiblah aku ni blh drive kadang2 tu bawa la anak keluar jalan-jalan dikala org lain di office berkerja huhhh ) Tapi seriously perasaan boleh tengok anak membesar didepan mata tu memang membuat aku takde rasa menyesal dengan keputusan aku, akan tetapi agak pening memikirkan komitmet yang perlu aku bayar setiap bulan, nasiblah husband aku cool and steady walaupun dia agak terbeban sob sob sob....

Dah tu kepala pun dan mula ligat berfikir apa yang aku nak buat untuk bekerja dari rumah, at last aku dapat idea gaji aku berbaki sket2 tu aku invest beli mesin jahit lurus dan tepi, pastu aku mula la belajar sendiri berpandukan google, aku mulakan dengan pakaian kanak-kanak, aku kumpulkan nota-nota serta pola yang aku buat hasil dari pembelajaran tailor lain share di facebook and blog.   Alhamdullillah dalam masa 6 bulan aku dah mula berani ambil tempahan pakaian kanak-kanak aku buat sample setiap kali raya dan lama-kelamaan bisnes aku semakin dikenali, alhamdulillah.  Yang penting kita kena tahu medium yang diperlukan dan dapat digunakan untuk promote produk kita dan jadinya aku buat facebook page serta instagram..


mesin pertamaku yang banyak berjasa dgn aku setia dgn aku 2 tahun tanpa meragam, 

Now dah hampir 3 tahun aku berbisnes dalam bidang jahitan ni.  Aku pun ada menjahit untuk butik lain juga serta jahit pukal.  Insyallah aku sangat yakin jika kita rajin berusaha tanpa kenal erti penat dan putus asa Allah s.w.t. akan bantu kita dan datangkan rezeki kepada kita,, now aku dah ada 4 mesin dah upgrade ke mesin industri serta ada regular customer yang dari mula support bisnes aku, alhamdullilah.. 


Alhamdulillah, tgk tu dah upgrade la, terkial2 jgk mula tu laju sgt mcm F1 hehe

Satu je aku nak ingatkan zaman sekarang ni dah tak ada istilah "ala tak minat la menjahit" ayat ni memang tak boleh pakai langsung untuk zaman sekarang, aku pernah berborak dgn makcik tailor yang dah 10 tahun dalam bidang jahitan, beliau pun tak belajar macam aku tak de pergi kelas ke apa ke, dia cakap makcik hanya fikir nak duit untuk anak-anak,,dia usaha sampai berjaya, dan ayat itu juga aku kongsikan dengan kenalan aku, aku jahit demi duit minat letak ke tepi, lama-lama aku sendiri jatuh cinta dengan seni  jahitan tanpa aku kusedari, cewaaahhh heheheh..

bila dah jatuh cinta sungguh-sungguh jari-jemari kaki kekakian tak bole duduk senyap ler jadilah mcm2 idea dan ilham hehe




kepok-kepok trend sekarang sangat menguji kesabaran jd memang la upah tu agak mahal ye 







Kalau korang tengok ini fakta yer dah ramai wanita bekerjaya yang dulunya engineer, lecturer, manager dll.. jadikan tailor as full time career, sebab ada yg admit income as a tailor lebih dari gaji dorang yang dulu tapi cakap betul ye memang usaha kena kuat dulu, faktor ANAK yang membuatkan wanita bekerjaya bertukar kerjaya demi anak-anak.

Dan aku masih lagi perlu berusaha untuk lebih berjaya, jadi tolong doakan aku dan lagi bagus kalau boleh support aku kiki,, moh la tempah baju dengan Qairina Tailor ni kekekeke , Sekian coretan aku untuk malam ini, moga menjadi panduan kepada wanita-wanita lain di masa akan datang,..

Tuesday, 1 August 2017

Bridesmaid dan Holiday

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan kawan baik, nina.  For the first time juga aku jadi dayang untuk pengantin ni hihi.  Memang tak tau la function dayang-dayang ni melainkan menemani pengantin dan bergambar je.  


sekali dengan kenduri sebelah lelaki kitorang terjah 


time angkat nikah my friend

Majlis berlangsung pada 29 Julai 2017 tapi aku melamapau-lampau awalkan cuti dan extend cuti start dari 25 july and now masih kat kampung lagi.  Kesian my partner in crime kesunyian sendirian.  Sabar yer 5 Ogos 2017 both your partner sampai balik yer. 


dayang-dayang la sangat kan hihi




Jadi start 6 Ogos Qairina tailor mulakan balik operasi bagi menyiapkan tempahan raya haji pelanggan.  Sebenarnya blog ni baru berusia 2 hari dan blog lama aku dah hilang entah ke mana dengan segala-gala password pun dah lupa jadinya aku mulakan balik aktiviti blogging bagi mencatat diari harian aku sebagai full time tailor dan kisah kehidupan aku yang aku rasa nak kongsi bersama.  

Kalau dah singgah sini jangan lupa follow yer nanti aku terjah korang balik hihi..Sekian