Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Thursday, 3 August 2017

Take the Challenge


Assalamualaikum w.b.t.

Ok baru balik dari meronda-ronda kampung halaman dengan skuter adikku sementara masih bercuti di kampung, ditemani oleh bonda dan anakanda ku..serious memang bertahun tak jenjalan kawasan masa zaman kanak-kanak aku bermain berlari-lari dulu, ya allah rindu sangat banyak dah berubah. Terubat rindu mengimbau kembali zaman aku kanak-kanak. 

Dah cukup lah mukadimah aku, back to main topik, apa yang aku tulis kat atas tu "tak the challenge" tu kan, apa kebenda nk take challenge ni,, ok cmni aku nak berkongsi pengalaman tak lain tak bukan bekisar dengan dunia jahitan a.k.a. tukang jahit ni yer, memandangkan aku ni tak berguru orang cakap tak pernah pergi kelas formal, suma study dan praktis sendiri je, bilamana ada task baru (fesyen) yg tak pernah aku sentuh ni memang akan berlarian la mengoogle ilmu yang insan lain kongsi sana sini aku ambil, blend mix and matchkan then apply untuk merealisasikan impian customer aku.  

Alhamdulillah setiap kali aku accept challenge tu setiap kali itu la aku up kan knowledge dan skill aku.  Kata kuncinya kat sini jangan mudah menyerah kalah, yakin aku boleh buat, aku mampu buat dan bila terhasilnya usaha kita tu ya allah tak terkata happy nya tu hihi,, puas sangat rasa....

kali ni task baru aku customer request dari aku fesyen cam pix bawah ni , tapi nak kurung moden bukan dress cam baju dlm pix dia pakai tu, kalau tengok ni mesti ada yang cakap ala susun-susun je kain tu ehe, tapi kalau salah potong mmg tak kan dapat alunan cun cm tu, tau tak aku cilok teknik potong langsir scallop sebab aku rasa sama ja teknik dan memang boleh apply sgt untuk scallop baju ni eheh..happy tak terkata sebab main redah dan taram aku ni menjadi haha..betul la orang cakap jadi tukang jahit ni kadang kena jadi kreatif dan sometimes kena act macam engineer sebab banyak juga formula dalam seni jahitan ni ,,,



customer sent pix request design ni, tak silap braidsmaid sariyanti pakai ni :-)


 struggle jugak nak dapatkan alunan scallop tu


walaupun bukan size aku tapi kena try jugak di badan sendiri nak tengak cantik ke buruk ke jadinya :-)


tara jadi jugak kan tangan tu cape tangan tu customer request,.puas jugak pusing sana sni almaklumlah tailor cabuk je pon aku ni :-)

ok nampak tak imaginasi tu kadang-kadang sangat lah penting jadinya kena pandai apply perhati sekeliling mana sama try apply haha, kalau ada student belajar dengan aku memang stresss juga rasannya ni ...


hihi sama je kan rupa langsir tu kikiki

sekian perkongsian aku pada hari ini, jumpa lagi yer...nak siap pergi pasar malam jap kot2 la tengok sekeliling dapat idea baru kan haha..

Tuesday, 1 August 2017

Bridesmaid dan Holiday

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan kawan baik, nina.  For the first time juga aku jadi dayang untuk pengantin ni hihi.  Memang tak tau la function dayang-dayang ni melainkan menemani pengantin dan bergambar je.  


sekali dengan kenduri sebelah lelaki kitorang terjah 


time angkat nikah my friend

Majlis berlangsung pada 29 Julai 2017 tapi aku melamapau-lampau awalkan cuti dan extend cuti start dari 25 july and now masih kat kampung lagi.  Kesian my partner in crime kesunyian sendirian.  Sabar yer 5 Ogos 2017 both your partner sampai balik yer. 


dayang-dayang la sangat kan hihi




Jadi start 6 Ogos Qairina tailor mulakan balik operasi bagi menyiapkan tempahan raya haji pelanggan.  Sebenarnya blog ni baru berusia 2 hari dan blog lama aku dah hilang entah ke mana dengan segala-gala password pun dah lupa jadinya aku mulakan balik aktiviti blogging bagi mencatat diari harian aku sebagai full time tailor dan kisah kehidupan aku yang aku rasa nak kongsi bersama.  

Kalau dah singgah sini jangan lupa follow yer nanti aku terjah korang balik hihi..Sekian