Tuesday, 28 July 2020

K.A.M.P.U.N.G

Kampung suami sis di baling kedah, pagi-pagi memang sejuk sampai ke tulang. Damainya suasana di kampung. Lepasni bila cuti sekolah dah Tak pakai istilah balik kampung dah la πŸ˜€πŸ˜€


Cantikkan view kampung di baling, kedah. Nanti aku share kampung melayan sebelah aku pulak yaπŸ˜‰

Santai Highway

Selamat petang..

Sepanjang dalam perjalanan pulang ke kedah aku paling suka tengok view bukit, hijau ja..rasa tenang sangat memang asyik picit2 snap picture πŸ˜€πŸ˜ alhamdulillah jalan masih lagi under control Tak banyak kereta sangat mungkin start esok or Lusa orang start pulang Beraya..PM pun dah pesan aktiviti qorban mesti ikut sop Dan arahan jumlah tetamu yang ditetapkan . Semoga Kita semua patuhi setiap arahan ingat KITA JAGA KITA, KITA BELUM MENANG

Monday, 27 July 2020

Balik kampung buat selamanya

Alhamdulillah rezeki dariNYA dapat juga aku balik ke negeri kelahiran setelah hampir 12 tahun menetap di Selangor..rezeki suami 4 tahun sabar menanti menunggu dapat tukar kerja  ke utara (kampung halaman) Dan yang penting dekat dengan orang tua..


Walaupun aku pindah kerjaya sebagai tailor online sama ja proses customer still POS Kain seperti biasa alamat je berubah..untung kan bisnes online ,🀭 if  100% depends Pass walk in customer memang pening juga nak cari market baru .πŸ˜€
Tapi itu la pindah rumah penat weyhhh..barang kemas Tak siap2 πŸ₯΄ moga settle cepat proses pindah barang-barang rumah.

Sunday, 26 July 2020

hello i'm back

2020 and I'm BACK


Assalamualaikum w.b.t.

Hi, lama sangat sis menyepi dari mengupdate blog kan, blog pun bersarang sangat,

sorry komen dan message sis tak reply laptop rosak tahun ni baru sis baiki dan faktor kesibukan yang membuatkan blog ni sunyi je. maafkan sis :-)

sis masih lagi dengan dunia jahitan, still ambil tempahan dan sekarang tambah lagi cabang jahitan dengan menjual MASK (pelitup muka)
 



di musim COVID 19 ni, alhamdulillah rezeki dari ALLAH s.wt. tak pernah putus, walaupun kita diuji dengan covid 19 dan majoriti dari kita terkesan dengan ekonomi keluarga, sis doakan anda semua dipermudahkan urusan dalam menghadapi segala ujian dariNYA.

cukuplah setakan ini coretan sis, terlintas nak jenguk blog selepas terjumpa laptop.

untuk follow sis dengan lebih dekat sila ke instagram qairina_tailor


selamat malam 

Tuesday, 8 August 2017

Tempahan Raya Haji pula

Hai..Assalamualaikum...

Masa itu emas sebab dah nak raya haji pulakπŸ˜€
jadi tailor busy sket buat masa skrg ni tp suma still under control lg hehe πŸ˜€ alhamdulillah syukur selalu dgn rezeki dariNYA..semoga diberi kesihatan yg baik sentiasa ..amin..kwn2 suma cmna pulak? πŸ˜€ Aduh dh tak banyak masa nak berblogging..


Friday, 4 August 2017

Back to Normal Tailor Life

Happy weekend all..




Malam ni dah nak balik home sweet home dah ,,so secara automatiknya aku kena jalankan rutin harian as a tailor, pening dah ni tempahan makin banyak masuk, first thing first, kena cek balik listing pastu tengok kalender, if dapat amek lagi tempahan ke tidak...tunggu update dulu yer sebabnya ada kawan dari blog dah mula merisik qairina tailor :-)



bulan september ni ramai yang tempah untuk ke kenduri kahwin, jadinya boleh la qairina sedondon lagi dgn mama ke kenduri nanti yer :-)

Alhamdulillah dengan rezeki Allah s.w.t yang tak pernah putus, . dah balik rumah memang jarang nak dapat update or berblogwalking ni , tak pe ada mase je sket kita teruskan menulis yer.  
sekian...

p/s : jom ikut QT ke kedai kain cari kain untuk customer :-)

Thursday, 3 August 2017

Take the Challenge


Assalamualaikum w.b.t.

Ok baru balik dari meronda-ronda kampung halaman dengan skuter adikku sementara masih bercuti di kampung, ditemani oleh bonda dan anakanda ku..serious memang bertahun tak jenjalan kawasan masa zaman kanak-kanak aku bermain berlari-lari dulu, ya allah rindu sangat banyak dah berubah. Terubat rindu mengimbau kembali zaman aku kanak-kanak. 

Dah cukup lah mukadimah aku, back to main topik, apa yang aku tulis kat atas tu "tak the challenge" tu kan, apa kebenda nk take challenge ni,, ok cmni aku nak berkongsi pengalaman tak lain tak bukan bekisar dengan dunia jahitan a.k.a. tukang jahit ni yer, memandangkan aku ni tak berguru orang cakap tak pernah pergi kelas formal, suma study dan praktis sendiri je, bilamana ada task baru (fesyen) yg tak pernah aku sentuh ni memang akan berlarian la mengoogle ilmu yang insan lain kongsi sana sini aku ambil, blend mix and matchkan then apply untuk merealisasikan impian customer aku.  

Alhamdulillah setiap kali aku accept challenge tu setiap kali itu la aku up kan knowledge dan skill aku.  Kata kuncinya kat sini jangan mudah menyerah kalah, yakin aku boleh buat, aku mampu buat dan bila terhasilnya usaha kita tu ya allah tak terkata happy nya tu hihi,, puas sangat rasa....

kali ni task baru aku customer request dari aku fesyen cam pix bawah ni , tapi nak kurung moden bukan dress cam baju dlm pix dia pakai tu, kalau tengok ni mesti ada yang cakap ala susun-susun je kain tu ehe, tapi kalau salah potong mmg tak kan dapat alunan cun cm tu, tau tak aku cilok teknik potong langsir scallop sebab aku rasa sama ja teknik dan memang boleh apply sgt untuk scallop baju ni eheh..happy tak terkata sebab main redah dan taram aku ni menjadi haha..betul la orang cakap jadi tukang jahit ni kadang kena jadi kreatif dan sometimes kena act macam engineer sebab banyak juga formula dalam seni jahitan ni ,,,



customer sent pix request design ni, tak silap braidsmaid sariyanti pakai ni :-)


 struggle jugak nak dapatkan alunan scallop tu


walaupun bukan size aku tapi kena try jugak di badan sendiri nak tengak cantik ke buruk ke jadinya :-)


tara jadi jugak kan tangan tu cape tangan tu customer request,.puas jugak pusing sana sni almaklumlah tailor cabuk je pon aku ni :-)

ok nampak tak imaginasi tu kadang-kadang sangat lah penting jadinya kena pandai apply perhati sekeliling mana sama try apply haha, kalau ada student belajar dengan aku memang stresss juga rasannya ni ...


hihi sama je kan rupa langsir tu kikiki

sekian perkongsian aku pada hari ini, jumpa lagi yer...nak siap pergi pasar malam jap kot2 la tengok sekeliling dapat idea baru kan haha..